Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 19, 2011

Selamat hari raya

Hari ni hari ke 19 berpuasa.. alhamdulillah dpt berpuasa dengan sepenuhnya.. InsyaAllah tahun ni tahun ke 3 saya bepuasa penuh. Tahun ni turn saya balik kg beraya bersama mak dan ayah serta sedara mara.. ooh seronoknya. Kalau tahun lepas asal dengar je lagu siti nurhaliza tu air mata terus mengalir.. owhhh sungguh sayu.. meh dengar dulu lagu siti ni :

Sayu... hati ini makin sayup Rindu...
terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Lirik ni memang kena lah kalau x balik kg kan.. hehhe itu yang buat air mata mengalir je.. sedihhhh. Tapi tahun ni saya dah tak nangis kalau dengar lagu ni... sbb saya nak balik kg!!! mak ayah... tungguuuu. Rindunya suasana hari raya di kg... tahun ni malam raya nak buat apa ye? biar happening sikit.. kalau buat bbq pun best jugak kan... tengok dulu. Danishapun dah makin besar mesti seronok main dengan kakak2 & abang2 sepupu.. Selamat hari raya!!!

Monday, August 1, 2011

exclusive breast feeding (penyusuan secara eksklusif )

Hari ni pegi monthly checkup untuk ilman masuk 4 bulan & danisha setahun 2 bulan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. ibu bangun seawal 5.15am masak air untuk anak2 mandi, sengaja nak pergi awal supaya x payah tunggu lama2 kat klini, sampai klinik dapat no giliran paling awal! Berat ilman dah 6.4kg bertambah 600gm dr bulan lepas dan yang paling penting kali ni ilman tak pancut masa timbang.. last time checkup masa nak ukur tinggi ilman pancut sepuas-puas sampai nak kena ibu & misi.. hihihih nakal betul anak ibu ni. Malu jugak sbb ada org gelak2 kat belakang.. :P Tapi kali ni budak2 pelatih yang timbang jadi saya ckp ilman pancut bulan lepas.. mungkin budak pelatih tu takut kena baju dia..dia ckp takpelah tak payah bukak pampers..goooodd. Sebab dua-dua kena checkup, ibu bawak ilman, ayah plak bawak danisha.. danisha punya berat x bayakpun naik... hanya 400gm dr 3 bulan lepas jadi 11.4kg.. kurus betul danisha ni..oklah berbalik pada tajuk utama... sbnrnya misi masa checkup tadi cerita tentang penyusuan secara eksklusif.. dia menggalakan dan menasihatkan saya supaya bersabar tinggal sebulan lebih lagi untuk saya menjayakan exclusive breast feeding nih.. Kawan2 tahu tak apa sebenarnya exclusive breast feeding?

ok.. mari kita fahami sama2.. penyusuan bayi secara eksklusif adalah pemberian SUSU IBU SAHAJA. Bayi yang menyusu secara eksklusif tidak memerlukan tambahan air lain termasuk air masak atau apa2 saja makanan lain.
 
Pemberian air kepada bayi boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi kerana:
  1. Pemberian air meningkatkan risiko jangkitan penyakit kerana air akan bertindak menghakis salutan bahan pelindung penyakit (immunoglobulin A, IgA) yang diperolehi daripada susu ibu yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
  2. Pemberian air lain akan meningkatkan kebarangkalian kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif kerana apabila bayi telah kenyang dengan minuman lain, bayi akan kurang menyusu daripada ibu dan mengurangkan rangsangan dan seteruskan mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
  3. Pemberian air lain juga boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi kerana bayi akan kurang minum susu ibu, oleh itu bayi akan kurang mendapat nutrien daripada susu ibu.
  4. Pemberian air kosong akan meningkatkan risiko “keracunan air”  atau water intoxication terutama kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu kerana air yang terlalu banyak akan mencairkan kandungan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, bayi mengalami kembung perut dan juga boleh mengakibatkan sawan tarik.
Kandungan air di dalam susu ibu adalah sekitar 80-90% sudah mencukupi untuk bayi, sesuai dengan usianya. Jadi bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan tidak memerlukan air tambahan kerana susu ibu sudah memenuhi semua keperluannya untuk air, zat makanan, dan kasih sayang ;)

Wednesday, July 27, 2011

Power Pumping

Alhamdulillah.. tahniah pada kawan2 dan diri sendiri yang masih ingin berusaha memberi susu terbaik untuk anak2.. yakinlah bahawa susu ibu itu adalah anugerah untuk anak2 berusahalah supaya kita dapat memberi yang terbaik untuk anak kita. Kali ini saya nak bercerita tentang power pumping (saya refer byk sumber & kebanyakan semua artikel sama )
 
Power Pumping
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi-menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak Power Pumping?
Untuk Single pump 
pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama 1 jam.

Untuk Double Pump 
Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

**Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Kawan2 jgn igt sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki... InsyaAllah ada jalan :)

Tuesday, July 26, 2011

makan raja buah kat padang kota

IOI
setelah beberapa hari en suami ckp nak makan durian.. akhirnya hari ni tercapai juga. Makan durian buffet RM12 satu kepala..makan tak ingat. Sebelum pegi makan..dah makan kat rumah, adik yang belikan. Memandangkan memang dah niat dr pagi lagi nak pegi makan durian buffet..walaupun dah makan pegi jugaklah :) sampai sana ada 2 gerai.. 1 gerai tu memang ramai org..sampai xde tmpat duduk.. sebenarnya kat situ lagi mahal RM15 satu kepala.

peace!!! ala danisha
durian yang kami makan ni isi kuning.. lazat tak tekata kalah kfc tu hehehe. Tapi kan saya pelik mcmana durianpun bleh ada nama..  yang kami makan ni IOI dan udang merah. Kalau kat kg ada nama gak durian nih.. durian sedap mcm durian kunyit & durian mas..isi kuning beb!. Apa yang sedapnya isi kuning? entahla sayapun tak tahu..bagi saya sume jenis durian sedap dan lazat... ada yang lemak manis ada yang tengik semuanya ada sedap yang tersendiri. Sesetengah org suka yang kuning.. ada yang suka durian tengik. Ada durian yang isinya tebal.. ada durian isinya nipis kalau selera saya memang sume saya kata sedap asalkan durian tu tak masam dan tawar!!!
ni la org yang kuat makan..

Makan buffet.. ada berani?? dah bersedia nak makan banyak2? hehehe tghari memang dah plan x makan lunch sbb nak bg perut kosong nak isi dgn durian je... hua ha ha. Hushhhh rasanya pertama kali dlm sejarah makan durian sebanyak ni.. sbb dah set kat mind "rugila kalau tak makan banyak" walaupun kalau durian kat kampung berlambak.. tapi tak pernah nak makan mcm ni.. sbbnya kalau kat kg FREE.. tapi tahun ni durian kat kg tak berapa menjadi tambahan lagi durian yang paling best dah mati sbb kena panah kat petir sebulan lepas.. sayangnya satu2nya pokok durian yang paling best! setan mana yg bertenggek kat pokok tu.. habis pokok duyan ayah mati...

Saya makan sampai saya rasa isi durian dah penuh kat dada.. sesekali ada rasa nak muntah.. rehat sekejap sambung lagi. Kami bertiga makan dalam 7.5 biji je.. dlm 11.25kg. Masa ni memang rasa dah xnak makan durian lagi dah tahun ni..tunggu musin depan plak.. ekekkeke tapi itu hanya rasa pada saat itu je.. esoknya bila lalu tempat makan tu rasa nak berenti lagi... dan makan lagi.. hua ha ha. Malam perut saya memulas penangan buah durian yang banyak dlm perut..tapi lepas letak minyak yuyi ilman kat perut rasa lega & boleh tido..

Monday, July 18, 2011

Indahnya Weekend... mandi manda kat cherating

1st time bawak danisha bercuti ( berempat )... 1st time jugak rasa happy bila tengok dia happy bermain ombak kat pantai.. masih terngiang ngiang suara jeritan danisha bila badan dia di pukul ombak.. seronoknya. Tiada yang indah selain menikmati momen momen yang bahagia bersama keluarga tercinta. Walaupun chelet yang disewa agak mengecewakan ( mcm teratak usang ) satu lagi.. sebelah rumah ada kawasan perkuburan... seram jugakla! Lain kali dah tak bleh percaya dengan 'ok' en suami.. lain kali saya mesti turun tengok jugak .. dan pastikan semuanya ok..

danisha eryna
cun nya anak ibu
Tujuan utama kami berweekend kat sana sebenarnya nak menziarah family abang dekat kemaman.. wife dia baru bersalin.. sambil nak hantar stroller yang diaorang kirim kat warehouse sale.. kalau ikutkan diorg suruh wat balik kg stroller tu..tapi memandangkan stroller tu besar dan x muat masuk bonet keta jadi bleh la angkut sekali..

Kami bertolak sabtu pagi.. kalau ikutkan subuh2 lagi nak bertolak, tapi tak larat nak bangun awal, pukul 9 baru dapat bertolak. Sampai sana dah pukul 12.30, sebelum ke rumah abang kat kemaman kitaorng cari chelet dulu kat cherating.. indahnya bila terdengar deruan ombak.. melihat kebiruan laut china selatan.. cherating kami sampai!!!

Lepas check in kami bertolak kerumah abang, dekatje dlm 5-7 minit dari cherating tapi sebelum tu singgah beli keropok lekor dulu. Sedap tak terkata..yummies!!! sampai sekarang masih lagi terasa keenakan keropok lekor panas.. tak pernah jumpa kat kl ni walaupun ada yang claim diorg jual keropok lekor terengganu!

next time bleh dtg lagi.. makan keropok lekor, mandi pantai.. berbasikal dan lain2 lagi. Next time nak naik basikal plak RM5 je sejam.. cherating tunggu ye ilman besar sikit bleh naik basikal kat belakang tu.. kita enjoy!!!

Friday, July 8, 2011

our evergreen song... Dealova

Mohamed Zamri & Naa Anilzah


3rd anniversary @ seven eleven

Tak sangka masa berlari pantas.. sedar tak sedar hampir 3 tahun kami berkongsi suka duka, pahit manis dan asam garam kehidupan bersama-sama. Alhamdulillah.. ya Allah terima kasih kerana memberi peluang kepada kami hingga saat ini.. alhamdulillah diatas segala nikmatMu.. udara, pancaindera, kesihatan,rezeki, anak-anak.. dan segalamacam yang tak terjangkau oleh minda dan pasti ada nikmatMu yang tak disedari langsung.. Kami tadahkan tangan memohon padaMu ya Allah..kami meminta lagi.. berkatilah hidup kami dunia akhirat amin..

3 tahun berlalu.. dengan hadirnya sepasang cahaya mata terasa sungguh sempurna hidup berumahtangga. Kehadiran Danisha Eryna & ilman Hazri sangat bermakna dan pengukuh kasih sayang ibu dan ayah.. semoga keduanya menjadi anak yang solehah dan soleh.. anak yang mendengar kata, tetap hati dengan keimanan, murah rezeki, bijaksana dan dikurniakan dengan sifat2 mahmudah... ya Allah makbulkan doa seorang ibu yang kerdil ini.. untuk anak anaknya.. amin.

Walaupun hidup tak seindah direncanakan..namun hari2 yang dilalui sungguh mendewasakan sebagai suami isteri dan ibu bapa kepada anak2. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri... semuanya pahit manis berumah tangga di lalui bersama sama.. kasih sayang makin utuh.. cinta makin bertaut. Semoga Allah panjangkan lagi hubungan ini sampai syurga.. sampai syurga ku cintamu.

Ya Allah makbulkanlah doa kami.. ampunilah dosa kami, murahkanlah rezeki kami, kurniakanlah kesihatan tubuh badan kami, peliharalah anak2 kami, bantulah kami melangsaikan hutang piutang kami, lindungilah kami dari bebanan hutang piutang dan berkatilah kami sekeluarga. Ya Allah.. peliharalah rumahtangga kami, hiasilah rumahtangga kami dengan rahmatMu.. amin.

Thank u abang.. walaupun naa tahu abang copy paste je kata2 ni..tapi ia sangat bermakna.. happy 3rd anniversary =)


Tuesday, July 5, 2011

Jalan jalan naik lrt :P

Danisha bila tengok lrt atau komuter memang excited.. jadi kitaorg plan nak bawak dia jalan2 naik lrt.. memandangkan rumah kat kota damansara, stesen lrt yang paling dekat kelana jaya.. lepas zohor kami bertolak. Sampai je kat tempat parking ada 1 kereta yang tengah stuck tak boleh masuk parking.. kalau nak masuk parking kena pakai 'touch n go'.. bijak..bijak.. kalau ye pun bgth la awal2, buat signboard besar2 kan? barulah org nampak kalau xde 'touch n go' x bleh parking!! dah berderet org beratur kat belakang..nak reverse dah x bleh.. kitaorgpun kelam kabut jugakla sbb kita punya 'touch n go' plak xde kredit.. dekat setengah jam jugak stuck kat situ mengadjust kereta supaya bleh keluar balik...

Bila dah dapat keluar..cari petrol station nak reload 'touch n go'.. dari 1 petrol station ke 1 petrol station.. x bleh nak reload.. last dapat jugak reload... :) so kitaorg dapat parking.. sampai kat stesen lrt kitaorg beli tiket ke stesen paling dekat.. tambang RM0.70 je.. bleh naik sampai last stesen ok.. tapi hari tu tak larat nak naik sampai gombak.. tinggal 4-5 stesen lagi kitaorg dah turun tukar tren.. :) 

kami di sini :P
bergambar dulu yerr..
Tak dapat nak gambarkan mcmana perasaan danisha time nih.. nak kata gembira tak pulak melompat2.. nak kata tak happy.. tapi hidungnya kembang kempis ha ha ha... try tengok video nih.. 
 

 you love me
i love you


Danisha kalau depan kamera mcm tu la.. x pandai bergambar.. x nak senyum langsung dia malu malu kucing. Adik ilman tido jer dlm lrt.. sejuk giler syok tido. nasib adik tak nangis mintak susu.. kalau tak mcmana nak bagi susu.. bila dah tengah2 perjalanan ramai org dlm lrt hihiihi. 

time tido..zzzzzzzz

 ilman yang tgh excited tgk kat luar
Next time boleh la jalan jalan naik lrt lagi.. tapi plan lepas ni nak bawak danisha naik bas plak.. tunggu adik besar sikit...:)

Monday, June 27, 2011

Selamat hari lahir abang..

Selamat hari lahir ke 31.. 3 abad sudah berlalu. Dah masuk abad ke 4 nih.. heheh. Naa doakan semoga abang panjang umur dan murah rezeki.. sihat dan ceria selalu (walaupun dlm keadaan stress). Sebenarnya.. tak tahu nak ucap apa lagi =P. Tak sabar tunggu pagi esok.. nak dating sama2 dgn abang.. menjejak kenangan lama... kenagan2 yang membawa kita hingga ke hari ini.. terima kasih atas segalanya.. terutamanya pengorbanan abang untuk naa dan anak2 selama ini.. kasih sayang abang yang tak berbelah bagi.. penat lelah abang menjaga naa dan anak2.. gaji abang yang dibelanjakan untuk naa dan anak2...dan semualah yang sedar ataupun separuh sedar & yang tak sedar langsung.. semuanya tiada harga yang boleh menilaikannya.

Selama berkenalan..hingga hari ni naa tak pernah bagi hadiah yang besar2 kat abang..mcm yang naa ckp sebelum ni lah.. hadiah bukan pengukur kasih sayang yer ( tapi kalau birthday naa abang kena bagi hehehhee). Sian kat abang.. bukan apa naa x cukup duit nak belikan hadiah kat abang.. bukan naa kedekut! takpe..kali ni abang dapat hadiah yang istimewa dari naa.. harap abang suka
taaraaaa.. harap abang suka perfume ni!

lepas ni bucuk naa dah x bucuk-bucuk..dah wangi-wangi.. i love u abang...

Saturday, June 25, 2011

bosan dengan org yg perasan bagus

sebenarnya dah lama perhatikan kat seseorg ni.. nak kata saya tak suka kat dia pun tak jugak..cuma bosanje dgn sikap dia yang kebudak budakan.. sepatutnya saya tak boleh mcm ni..kalau saya bosan dgn seseorg..mesti ada orng bosan dgn saya jugak hehehe..kalau saya ckp dia perasan bagus..mesti ada org ckp gitu gak kat saya kan? tak gitu kak limah?

Takpelah saya nak jugak cerita..bagi memuaskan hati saya hehehe..dgn harapan lepas ni saya dah tak bosan dgn dia dan boleh menerima dia seada nya..semua insan ada kekurangan dia sendiri..dan saya sendiripun x cukup sempurna.. dan memang tak akan dapat memuaskan hati semua org, bagi kita dah cukup bagus..tapi bg org lain mungkin nampak jelek dan membosankan. Mungkin mcm tu lah terjadi kat dia kan..bagi dia apa yang dia buat/cakap tu ok je..tapi bagi saya tak ok..mungkin org lainpun rasa ok!!

Tapi bila nak bercerita tentang kekurangan org lain ni..terasa berada di depan cermin.. sayapun bukan bagus sangat!! banyak kekurangan..banyak jugak perangai buruk.. huwaaa ada org jelek tengok saya..ada orang menyampah tengok saya..ada org bosan dgn saya!! saya malas?saya kuat tido?saya tak pandai bersosial? saya cakap lepas? saya kedekut? saya lambat buat kerja? ok..saya mengaku. Saya minta maaf kalau kekurangan saya ni membuatkan org di sekeliling saya sakit hati..sakit mata..ataupun sakit kepala. Saya akan perbaikinya..sebaik yang mungkin..InsyaAllah.

ok berbalik pada dia yang saya bosan tadi..lepas ni saya akan menganggap itu adalah kekurangan dia.. jauh di sudut hati saya doakan dia berubah dan lebih matang! semoga dia berfikir panjang sebelum berkata2..sbb bukan sekali 2 dia bercakap tanpa memikirkan apa org akan akan fikir tentang dia..kadang2 ada org terasa..dan kadang2 juga menunjukan sifat buruk diri sendiri..

apa saya merepek nih? layanzzz sajelah

Friday, June 24, 2011

Berlatih Memberi Susu Ibu kepada Bayi

2 minggu sebelum bekerja saya melatih ilman minum susu pakai botol..mula risau jugak sbb ilman macam taknak & tak pandai menyusu pakai botol.. lama jugak dia kemam je puting botol.. dekat setengah jam baru dia mula hisap.. tapi dia reject jugak susu tu siap nangis2 lagi... saya bagi susu yang saya perah 2 minggu sebelumnya..bau agak tengik sikit.. mungkin bau mcm tu dia tak nak.. lepas tu saya try bagi susu baru perah.. ilman boleh minum...Alhamdulillah maksudnya ilman dah boleh minum pakai botol. Tapi ilman sampai sekarang ambil masa lama nak minum susu.. mesti kemam dulu puting botol tu...hehehe sian bbsitter lenguh tangan pegang botol dia... sebagai panduan untuk melatih bayi menyusu susu perahan :

1. Kira-kira 2 minggu sebelum anda keluar bekerja, anda bolehlah mula melatih bayi anda menerima susu perahan anda sedikit demi sedikit. Jadual latihan pemberian susu ibu ini perlu diubahsuai mengikut kesesuaian masa bekerja anda.

2. Andaikan anda keluar bekerja selama 10 jam (termasuk waktu perjalanan pergi dan balik ke/dari tempat kerja), bayi anda perlu diberi minum setiap 2-3 jam sekali. Oleh itu anda mungkin membahagikan jadual pemberian susu kepada 4 ke 5 blok waktu iaitu 4 atau 5 kali selama 10 jam.

3. Mulakan jadual dari rutin hari pertama latihan hingga hari ketiga dengan pemberian susu perahan sekali pada blok pertama dari jadual pemberian susu. Untuk blok waktu selebihnya berikan susu ibu terus dari payudara anda.

4. Pada hari keempat hingga keenam, berikan susu perahan untuk dua blok pertama dan blok selebihnya berikan susu anda secara terus kepada bayi.

5. Pada hari ketujuh hingga kesembilan, berikan pula untuk tiga blok pertama diikuti blok seterusnya dengan pemberian susu ibu secara terus.

6. Teruskan latihan hingga blok keempat pada hari kesepuluh hingga keduabelas. Sekiranya anda hanya melatih bayi untuk 4 blok waktu, bayi anda sekarang sepatutnya telahpun membiasakan diri dengan rutin susu perahan. Sekiranya anda mempunyai 5 blok, teruskan lagi latihan dari hari ketigabelas hingga hari kelimabelas.

Sila refer jadual kat bawah..

Jadual latihan memberi susu ibu
 
Sumber dari sini

Wednesday, June 22, 2011

Pengalaman bersalin dan berpantang

Alhamdulillah.. saya dah selamat bersalin pada 21 Mar 2011 pukul 4.29 pagi. Alhamdulillah bersalin anak kedua ni Allah permudahkan..tak lamapun kat labor room setengah jam je. Saya bersalin 2 minggu awal dari tarikh yang dijangka.. mmm tak ada tanda2 nak bersalin yang ketara, saya ingat ke sakit perut cirit birit yang biasa.. sbb saya berulang buang air besar 3 kali sebelum saya rasa macam nak bersalin.. masa tu pukul 2 pagi kot. Malam tu saya makan bubur pulut durian.. jadi saya fikir sakit perut sbb makan pulut durian lagipun en suamipun sakit perut jugak.. tapi lama2 rasa memulas makin kerap.. saya cakap kat en suami "jomla pegi hospital.. mcm sakit nak bersalin nih". En suami terus call bbsitter mintak tolong jagakan Danisha.. sampai kat hospital Sg Buloh.. daftar dan nurse tu cakap saya kena tunggu sbb tak cukup katil.. kalau ikut list saya org ketiga.. saya masuk ( tak tahu nama tempat tu apa-tapi tempat nak cek dah bukak berapa cm). Bila doktor cek dah bukak 8 cm.. haaa sume kelam kabut bawa saya ke labor room...  jadi tak perlulah saya berebut katil dengan sape2..sbb dah bersalin. 

Masa saya mengandung selama 9 bulan (hampir 80% ) saya amalkan solat sunat dhuha. Mungkin berkat dr amalan tu Allah permudahkan bersalin sbb selepas solat dhuha saya sentiasa berdoa supaya dipermudahkan segalanya.. Alhamdulillah. Tapi ini andaian saja.. semuanya bergantung kepada Allah SWT. Allah maha berkuasa di atas segala-galanya... tapi kita kena berusaha dan bertawakal kepadaNya. Yakinlah bahawa Allah maha pengasih lagi maha penyanyang.

Saya berpantang kat rumah mak mertua selama 11 hari..tapi saya paksa mak dtg jugak heheheh.. kalau mak sendiri boleh mintak itu ini.. kalau MIL saya sangatla segan hehehe. Tapi MIL masak lauk pantang sangatla sedap especially mama punya sup ikan haruan & ikan bakar.. slurrrrppp sedap beb.. hari ketiga berpantang saya diserang penyakit gatal2.. saya alah dengan pad yang ada plastik kat sekeliling tu (semua pad mcm tu rasanya). Mula2 gatal kat tempat yang direct kena plastik tu.. gatal dia perghhh x payah cakapla gatal tahap gaban kot.. pastu merebak tempat lain plak.. pegi klinik doktor bagi ubat sapu.. berkesan memang bekesan tapi 5 hari baru betul2 baik..nak tunggu lima hari tu..dia tumbuh kat tempat lain plak.. sampai ke breast.. saya dah mula risau takut berjangkit kat baby.. tapi alhamdilillah doktor ckp kalau alahan dia tak bejangkit kat org lain.. tapi gatal ni memang buat saya rasa serik, perit dan tertekan.. kulit jadi tebal dan meninggalkan parut hitam.. sehinggakan mak saya (tukang sapu ubat) cakap lepas ni tak payah beranak lah ha ha ha makpun serik nak sapu ubat...apatah lagi saya yang tukang tanggung ni..tapi xde lah terpikir sampai tak nak beranak lagi hehehe. Masa berpantang kat danisha dulupun kena gatal2 yang sama cuma kali ni lagi terukkkk.. habis pantangpun ada lagi gatal2 ni.. tapi alhamdulillah dah nak masuk kerja gatal2 dah takde... cuma tinggal parut je x hilang2 lagi.. ambik masa jugak nak hilang =P

Umur ilman belum masuk 40 hari saya dah balik kl.. balance cuti tinggal sebulan lagi.. saya memang plan nak balik awal.. sbb nak buat stok susu untuk ilman... masa kat rumah danisha hantar ke bb sitter sbb x bleh nak jaga 2-2.. masih dlm proses menyesuaikan diri.

Saya start buat stok susu masa umur ilman 1 bulan.. sebenarnya tiada had bila2pun nak buat stok ni..terpulanglah pada ibu2 itu sendiri nak start bila. Saya pernah terbaca ada yang start buat stok masa umur baby baru 10 hari.. kalau susu melimpah rugilah kalau tak buat stok kan? Bagi pendapat saya eloknya kalau dah baik luka bersalin.. dah blehla pelan2 buat stok.. ;P

2 minggu terakhir saya dah start ajar ilman minum susu menggunakan botol.. haa yang ni penting supaya masa kita dah start kerja nanti xde timbul masalah anak taknak menyusu botol ye.. satu lagi kita bleh budget berapa oz sehari anak kita minum..jadi senang sikit kita nak bawak bekal ke rumah pengasuh. Mari berlatih memberi susu ibu kepada bayi ;)



Bersedia untuk breast feeding!!!

Alahamdulillah.. genap mengandungkan ilman 7 bulan semua barang barang utk bf dah cukup semua.. tinggal tunggu bersalin je hehehe. Tapi barang2 saja tak cukup.. kena bersedia mental dan fizikal juga.. dan ilmu yang penuh di dada wahh.. kena banyak membaca dan bertanya kepada otai ibu ibu yang fully bf, saya pernah terbaca satu blog ibu yang fully bf sampai umur anak dah 5 tahun.. ada jugak yang fully bf dua-dua anak sekali gus... mmmm hebatnya diorang. Sayapun nak jadi ibu yang hebat juga.. InsyaAllah. Try baca blog nih memang best.. 

Tuesday, June 21, 2011

Solat sunat Dhuha

Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
 (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dalam sabda2 Rasulullah SAW di atas sudah cukup menerangkan tentang kelebihan solat sunat dhuha.. ruangkanlah sedikit masa kita untuk menunaikannya.. fadhilatnya begitu besar. InsyaAllah..amin

Waktu yang afdal adalah antara 20 minit selepas terbit matahari dan berakhir sebelum menjelangnya waktu zohor, antara 7 pagi hingga 1 tengahari

Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
Niatnya:

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

doa selepas solat dhuha

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وبهاءك وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ  

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu,bacaan dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut 

Sekiranya ada kelapangan waktu buatlah solat sunat dhuha..insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu kita dlm apapun jua..dengan niat kerana Allah. 

Monday, June 20, 2011

Happy Father's day..

Assalamualaikum.. entry ni khas untuk abang tersayang.. bersempena father's day.. sian kat abang xde hadiah... jangan mare yer. Walaupun xde hadiah.. naa tetap sayang kat abang.. hadiah bukan pengukur kasih sayang k! Jom layan lagu anuar zain ni dulu... fahami bait2.. angggaplah naa yang tulis lirik ni =)


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa


Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Thursday, June 16, 2011

Kalau nak fully breast feeding.. barang apa nak beli?

PETI AIS
PUMP
MILK STORAGE
COOLER BAG
ICEPACK

Memandangkan kami ni bukan yang berduit sangat, jadi sebelum beli barang2 bf kami buat kira-kira dululah. Banyak gakla duit yang kena keluar..especially kena beli PETI AIS baru sbb peti ais kat rumah dah agak berumur tambah lagi peti ais tu 1 pintu..x berapa sesuai sangat.. lama gak survey peti ais dekat 5 bulan. Nak cari yang murah punya pasal..=P. Try jugak cari kat kedai barang2 elektrik..yang display ada jual ke tak (cari yang display ni sbb ada kawan dapat peti ais yang kemek sikit je kat pintu..harga dia RM800 je harga asal RM1600) tapi cari punya cari tak dapat2..last sekali beli peti ais baru yang regenya RM1000..tapi kami dapat beli RM800++ je. Ada satu kedai ni yang murah berbanding kedai2 lain... survey dulu ye sebelum beli barang baru puas hati :). Kalau yang dah ada peti ais 2 pintu tu bagusla..dah tak susah susah mcm saya nak kena beli peti ais.. hihi. Jangan risau bagi yang ada peti ais 1 pintu..anda masih boleh fully breast feeding cuma jangka hayat susu tu tak lama lah yer..2 minggu je, tak bole wat stok lama2lah.

Pastu barang paling penting kalau nak bf nih..PUMP..haaa lama gak saya survey pump nih. Manual ke elektrik? brand apa? second hand ke baru? nak beli kat mana? okeh..survey jangan tak survey..1st sekali saya survey nak pakai brand apa... dlm hati memang dah niat nak beli yang elektrik sbb masa danisha dulu ada beli pump manual.. sangat mengecewakan sbb rasanya saya tak berapa pandai nak pakai pump manual tu.. susu x banyakpun keluar. Tapi ada yang pakai manual pump pun ok je..terpulang pada masing2. Ramai kawan2 yang pakai MEDELA SWING... so saya pun buat keputusan muktamadlah nak pakai medela swing gak.. bermulalah episod survey medela swing plak..kalau kat kedai harga dia RM799..hurmmmm x sangka mahal gak breastpump nih.. jadi terdetikla kat dlm hati nak beli yang secondhand je..ada yang kawan2 suggested mcm tu.. calling sana calling sini tapi last last tak jadi beli yang second hand. Sebab apa tak jadi beli?? sbb saya jumpa org yang jual lebih murah berbanding yang 2nd hand tuhhh!! alhamdulillah. Nak beli gak ke? bleh cuci mata dulu kat sini medela breaspump yang murah2  kalau berminat boleh pm saya.. saya bleh bagi harga yang terbaik.. hihi. Ok maka terbelilah 2 perkara yang penting.. dah RM1500++.. apa lagi nak beli?

ok.. MILKSTORAGE plak kita survey ye.. milkstorage saya tak survey lama2.. saya beli yang botol dengan liner..sume beli online je senang. Lagipun tengok harga kat kedai lebih kurang.. waaa seronok rupanya membeli online nih..nasib baik tak addicted heheh..hati2 ye kawan2 beli online..takut habis duit sbb ada mcm2 kat online shop nih...satu lagi tu kadang2 harga kat kedai lagi murah =) survey dulu... hihihi. Liner tu apa? mula2 sayapun tak tahu nama benda ni liner.. saya panggil plastik bag je..liner ni plastik yang ada zip kat atas..nanti saya tunjuk gambar dia k...

COOLER BAG pun penting gak ye.. bagi ibu2 yang bekerja..saya ada 3 cooler bag hihi.. yang kecik (muat 2-3 botol je, 2 yang besar (senang kalau balik kg). Yang kecik tu memang dah beli masa danisha dulu lagi.. letak susu panas dia, yang besarpun dapat hadiah dr kenkawan opis.. jadi tinggal beli 1 je la yang besar. Sekarang ni ilman tak menyusu banyak sangat..jadi saya pakai cooler bag yang kecik je bawak ke rumah bbsitter..tapi kalau nak jimat bleh je pakai cooler bag yang sama kita bawak opis tu.. mintak bbsitter pindahkan dlm peti ais dia susu tu..atau ada gak yang letak dlm tupperware je pastu letas ais ketul..ok gak mcm tu pun asalkan suhu susu x berubah kan..pandai2lah nak jimat ye. Saya punya cooler bag yang baru beli ni 2 in 1 la kononnya.. bleh letak pump sekali..(saya beli cooler bag dulu baru beli pump) tapi malangnya x muatpun nak masuk pump tu dlm cooler bag nihhhh..huhhh org jual tu ckp muat ( mmm nak marah kat diri sendiri gak sbb tak sabar2 nak membeli)..jadi bila tak muat terpaksalah bawak beg 2-3 pegi opis, dah la tingkat 3 nak kena panjat hari2.. masuk hari kedua en suami dah mengomel cakap byk sangat barang nak bawak turun naik.. (time ni rasa sedih gakla sbb rasa suami mcm xnak support jer =(, tapi sebenarnya saya cepat salah faham hehehe). Seminggu pegi kerja dengan 2-3 beg dengan dukung anak lagi.. akhirnya pegi beli backpack kat lunatots.. baru puas hati. Kesimpulanya bagi yang baru nak beli tu baik beli yang package terus.. lagi murah. Biasanya kalau package ada backpack, cooler bag, milkstorage (bottle) & icepack, beli package la kawan2..lagi murah walaupun nampak mahal tapi semua ada...

Jom kita survey ICEPACK plak ye..icepack ni untuk kita bawak ke opis terutamanya kalau yang xde peti ais kat opis..tapi rasanya sekarang ni kebanyakan opis ada peti ais kan... walaupun kat opis dah ada peti ais..icepack ni memang wajib ada..sbb nak bawak balik susu dari opis ke rumah.. dan dari rumah ke rumah baby sitter (walaupun dekat 5 minit je..suhu susu mungkin berubah). Kalau ada peti ais kat opis...tak payah beli icepack yang mahal2.. yang murah2pun ok asalkan bleh tahan masa dlm perjalanan balik dari opis ke rumah. Masa nak bawak ke rumah baby sitter tu.. bleh pakai ice ketul juge kalau nak jimat... ataupun pakai icepack yang sama yang nak bawak ke opis.

Rasanya kalau dah ada barang2 ni.. dah ok. Kalau ada budget lebih bleh beli bottle warmer, sterilizer, baby bottle dryer, freezer breasmilk organizer dan macam2 lagi lah... kalau online shop mcm2 bleh jumpa hihihi. Saya beli bottle warmer je bagi senang baby sitter panaskan susu ilman.. 




Monday, June 13, 2011

Bila buat keputusan nak Fully bf?

masa tu danisha masih kecil.. masih lagi menyusu badan... tapi dah terlewatlah nak fully bf sbb danisha dahpun start minum snow masa umo masuk 1 bulan.. itupun gara2 masuk hospital. 

Danisha demam, selsema & batuk yang teruk masa umur dia masuk 20 hari... masa tu hanya tuhan saja yang tahu..susahnya hati seorang ibu bila anak taknak menyusu.. danisha menagis sampai dah xde suara.. di hati memang bimbang dan risau.. air mata sentiasa mengalir mengenangkan danisha yang mcm tu.. jenuh bawak ke klinik & hospital..doktor cuma bagi ubat.. last sekali pergi jugak kat 1 klinik tu.. & doktor buat surat refer ke hospital..terus masuk emergency naik ambulans pergi hospital besar... danisha disahkan kena jangkitan kuman dlm paru2.

Doktor tak bagi harapan apa2.. dia mintak berdoa saja sbb danisha time tu dah memang teruk Doktor cakap kalau ada vaksin yang sesuai untuk kuman tu..insyaAllah danisha boleh di ubati. Alhamdulillah danisha beri perkembangan positif.. tapi dia tak menyusu cuma dimasukan air pakai tiub jer.. sampailah hari keempat danisha dah menangis kelaparan minta susu..tapi time tu susu dah x banyak.. sbb bila danisha x menyusu saya tak pump..dan lama2 susu makin berkurang. Lagi satu x dapat nak pump sbb xde pump ( x prepare langsung untuk pump, tak terfikir nak bagi danisha susu badan bila dah kerja nanti). Jadi bermulalah episod danisha minum susu snow.. Saya menyusukan danisha sehinggalah dia umur setahun.. itupun kat rumah je (rumah baby sitter dia minum susu formula).

Saya mula tanamkan kan azam nak Fully bf anak kedua bila saya tertengok gambar EBM kawan saya kat FB..dari situ saya mula wat survey, baca artikel tetang bf.. waa sangat teruja bila jumpa blog ibu2 yang bf nih.. sangat kagum dengan mereka... jadi kalau ibu2 lain boleh buat..kenapa saya tak boleh??? bila cakap kat en suami..diapun setuju. Dari hari tu bermulalah kiraan dan budget2 untuk beli barang2 kelengkapan.. huwaa.. bila kira2 banyak gakla nak kena beli..duit simpanan x berapa banyak nih..mcmana abang??