Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 3, 2011

Fully breastfeeding

Satu pengalaman yang x dapat digambarkan bila dapat pump susu dan hanya bagi susu ibu kat anak.. rasa bangga dan sangat bertuah kerana Allah permudahkan hingga ke hari ini untuk bagi ilman susu ibu.. bila org tanya minum susu apa... dengan bangga cakap susu ibu.. (walaupun tahu tak baik rasa mcm tu) tapi perasaan tu tak dapat nak elak hihihihi..:P

Kat dalam freezer penuh dengan stok susu.. dah x bleh beli ikan & ayam banyak2 sbb x muat nak letak dalam freezer. So far xde masalah pump susu kat opis.. bospun bagi kebenaran pump susu.. lunch time xpela..time pukul 4 tu la kena mintak ngan dia.. dia ckp ok. Lagipun time kul 4 tu pump x lama.. lebih kurang setangah jam je.. biasanya petang2 susu dah x kuar banyak dapat 5 oz lebih kurang. Haa.. try tengok kat gambar bawah tu.. cantik tak? banyak kebaikan bagi susu ibu kat baby.. salah satu yang nyata dan banyak org tak tahu.. air kencing baby tu suci tau... boleh wat sembahyang kalau terkena kat pakaian kita (selagi dia tak makan makanan lain HANYA SUSU IBU). Nilaikanlah sendiri bertapa tingginya darjat susu ibu ;). Kesimpulannya memang tak dapat nak dibandingkanlah dengan susu tepung ye.. Lagi satu yang saya selalu buat kat susu yang saya pump.. terapi molekul. Terapi molekul? apa tu? mcmana nak cerita ye.. masa pump tu saya baca doa kat susu yang saya pump.. apa2 doa untuk ilman..doa untuk kebaikan dia.. insyaAllah. Alaa mcm org minum air sembahyang hajat tu... konsep dia mcm tu la.. nak sedap org panggil terapi molekul hihihi.


Haa yang ni saya letak gambar yang saya label kat botol... kena letak lebel la 1,2,3,4.... yang mana satu kena minum dulu.. susu yang beku dan dicairkan kena habiskan dlm 24 jam...yang letak kat peti ais bawah bleh tahan sampai 5 hari.. jadi kalau hantar kat bbsitter kenalah letak label. Biasanya no 1 &2 dari freezer yang telah dicairkan terlebih dahulu sebelah malam... no 3 &4 biasanya dari peti bawah (yang x beku dan baru pump). Kenapa bagi yang peti ais bawah ? rasionalnya kalau saya bagi sume yang beku..takut membazir nanti sbb kalau x habis yang beku tu..terpaksalah dibuang sbb yang beku kena habiskan hari tu jugak..dah tak bleh simpan, sbb tu saya bagi separuh beku separuh yang cair kat peti bawah... supaya kalau no 3 & 4 tak habis..bbsitter boleh simpan kat peti ais dia..n esok bleh bagi kat ilman lagi..jadi x membazirla kan?



Sebenarnya sebelum mengandung kat ilman dah memang niat kat dlm hati kalau anak kedua nak bg fully breast feed..banyak jugaklah keluar modal nak bagi BF ni..nak kena beli pump, tukar peti ais 2 pintu, accessories (cooler bag, bottle, backpack dan lain2..rasa ada lagi tapi lupa time nak tulis nih)..semoga dapat pulangan yang berbaloi... (dalam hati tetap rasa risau..takut susu x cukup). Orang cakap lagi kerap menyusu & mengepam lagi banyak susu...tapi saya masih belum jumpa kebenarannya... huwaaaa takutnya.


2 comments:

  1. Tahniah sis berjaya menyusukan baby sepenuhnya. Saya belum berjaya. Sekarang mencari maklumat tentang pkr tu. Doakan saya juga berjaya mengikuti jejak langkah puan.

    ReplyDelete
  2. sis linda..
    thanks.. InsyaAllah lindapun akan berjaya juga.. bermula dari niat!! kuatkan semangat dan banyakkan ilmu dlm fully breast feeding.. dengan sendirinya dlm diri kita akan terbit 1 semangat yang berkobar2 untuk menjayakannya.. :)

    ReplyDelete