Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 16, 2012

Airmata Syawal


Sayu... hati ini makin sayup Rindu...
terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah


Dah 2 -3 hari cuba menepis perasaan sedih sbb tak balik kampung.. tapi semalam bila tengok parking kat bawah rumah makin lengan.. terdetik di hati..ooo dah ramai yang balik kampung.. hari ni bila dengar lagu raya kat radio..air mata mula gugur bercucuran... mak.. ayah... huwaaaaa.. sedihnya bila tak beraya dengan mak ngan ayah. Ingat ke tahun ni dah dapat control kesedihan maklumlah.. dah tua2 ni kan... tapi sama jugak... sayunya

Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan kian berlalu

Ahamdulillah.. Allah beri kesempatan untuk berpuasa tahun ni, walaupun sarat kandungan 7/8 bulan.. tapi masih ada kudrat untuk berpuasa dan memasak untuk keluarga.. cuma rasa terkilan juga.. tak dapat menunaikan ibadat solat terawih.. ruginya. InsyaAllah masih lagi ada kesempatan untuk tahun depan.. amin

Wednesday, July 25, 2012

Hari ke 5 berpuasa

Ahamdulillah dapat jugak berpuasa.. walaupun perut kian membusung. Tapi makin hari terasa badan makin penat.. tak pasti dapat puasa penuh ke tak ramadhan kali ni.. InsyaAllah, jika Allah izinkan akan ku gagahkan jua memunaikan rukun islam ni.

Cuma.. nak memasakla rasa tak larat, takkan nak beli kat pasar ramadhan je.. tengok lauk pauk semua x lalu nak makan. Semalam 1st time tak masak dan beli kat pasar ramadhan.. habis RM30 jugakla beli itu ini.. tapi rasanya semua mcm hampeh..tak sedap langsung!! hai memang diorg ni nak cari untung semata2 bukan nak jual dengan ikhlas.. serius tak sedap!

Takpela.. nak tak nak kena masak jugakla kat rumah, walau goreng ikan je pun..tapi masih lagi sedap berbanding beli kat pasar ramadhan tuh.. semoga Allah beri kekuatan!

Hari2 nak masak jadi buntu jugak.. sbb tak ada idea nak masak apa.. dengan masa yang tak banyak..lebih kurang sejam setengah je perlu masak benda2 yang senag dah mudah je.. x boleh nak bergulai bagai.. simple2 je & ala kadar je.. kalau ikut tekak sendiri kalau dapat budu dan ulam pun dah kira sedap... ada ikan bakar atau ikan rebus..yummy memang menyelerakan. Tapi tak bolehla nak mkan mcm tu selalu.. kena jaga kesihatan jugak.. takut terlebih masin kang kena darah tinggi plak.. lagipun anak2 perlu makan jugak kan.. mesti masak untuk diorg jugak...

Tak sabar tunggu esok. Esok nak balik kg..dah mcm2 list ada kat dlm kepala ni.. nak mak masak. heheh.. ayam percik, solok lada, ikan bakar cicah air asam... dan macam2 lagi.. yahuuuu balik kampung ho ho ho balik kg

Friday, July 20, 2012

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Ternyata setiap kedatangan ramadhan hati berbunga2 dan pastinya tertanam pelbagai niat untuk menjadi hamba yang lebih baik.. ramadhan kali ni sangat berbeza.. pelbagai persoalan muncul samada boleh tak puasa penuh tahun ni? larat tak nak masak? anak2 nak makan apa siang hari? menu apa nak masak untuk berbuka puasa dan sahur? sempat tak nak masak? balik kerja pukul berapa??

Dan yang paling utama.... rajin ke tak nak buat solat terawih nih?? azam ramadhan setiap tahun.. nak habiskan 1 juzuk 1 hari mampu kah???

Mcmana ye nak jadi org yang kuat? orang yang bersungguh2.. org yang bukan hangat2 tahi ayam.. awal2 je rajin bila dah akhir2 terkulai layu.. selalunya saban tahun mcm tu lah.. MALAS jugaklah yang menang, selalu jadi org yang rugi sebab malas nih.

Ya Allah.. kuatkanlah semangat ku.. tunjukkanlah aku jalan.

Monday, July 16, 2012

Berilah aku peluang dan ruang..

kenapa ye.. terasa diri jauh dari Allah swt? terasa iman makin menipis.. terasa hati hitam legam penuh dengan titik-titik dosa.. kenapa??? kenapa menzalimi diri sendiri.. padahal sedar dan tahu semuanya akan menjerut diri sendiri. Sembahyang sekadar ala kadar... baca quran? jauh sekali. Ya Allah, kenapa hati ku tidak tetap imannya? apa harus aku lakukan sekarang... bagaimana mahu berubah.. betul ke berubah itu susah yang paling dan teramat susah? Ya Allah berilah aku kesempatan.. berilah aku hidayah yang berterusan.. tetapkanlah imanku..tunjukkanlah aku jalan dan landasan yang betul.. aku mahu menjadi hamba mu yang sentiasa ingatMu bukan sahaja waktu susah malah setiap waktu.. setiap saat..setiap ketika malah setiap nafas yang terhembus.. paling tidakpun ku ingin kembali seperti sewaktu masa dulu dan ingin menjadi lebih baik dari itu.

Ya Allah, lemahnya diriku tanpa bantuanMu, tolonglah hambaMu ini ya Allah... ku dahagakan hidayah dan pertunjukMu.. sudah lama ku tidak menadah tangan dan menyatakan padaMu aku insan kerdil..aku insan yang sangat memerlukanMu.

Ya Allah..aku cuba insaf.. tapi hakikatnya hanya sekejap saja..hati ku seperti batu. Keras. Ya Allah.. lembutkanlah hati ku.. bersihkanlah hati dari titik titik hitam itu... aku benci diriku sendiri, benci dengan hati yang keras ini. Aku yakin, aku masih belum terlewat.. namun aku tak kuat untuk melawan dengan diri sendiri.. ku perlukan Mu ya Allah.. hanya padaMu aku mohon pertolongan.. tunjukanlah aku jalan yang lurus sebagaimana Engkau tunjukan jalan pada orang2 yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka...

Wednesday, July 11, 2012

Happy 4th Anniversary to my soul mate Mohamed Zamri Mohamed Nezuri

Hari ni genap 4 tahun kami di satukan.. alhamdulillah sehingga saat ini Allah telah berikan kami kebahagiaan dengan rezeki yang melimpah ruah dan kehadiran cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan berumah tangga.

Untuk suami tercinta.. terima kasih diatas pengobanan yang telah abang lakukan, terima kasih atas segalanya. Naa rasa tak dapat membalas segalanya... semoga Allah sahaja yang memberi ganjaran kepada abang. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk naa dan anak2, abang letakkan kami di tempat yang paling utama.. 

Abang,
Maafkan naa sbb tak menjadi isteri yang baik untuk abang.. tidak menyempurnakan tugas naa sebagai seorang isteri, banyak permintaan abang naa abaikan.. abang mintak urut kakipun naa cakap naa tak larat.. semua tu alasan, sebenarnya naa malas... ruginya naa menolak pahala. Ooowhh naa akan cuba lagi menjadi isteri yang terbaik untuk abang. InsyaAllah.

Abang,
Marilah kita sama2 memohon pada Allah SWT semoga tetapnya iman kita kepadaNya, kepada rasulNya, supaya kita bukan hanya ingat pada Nya waktu susah saja.. semoga kita sentiasa mendapat pertunjuk dan hidayah daripadaNya.. semoga kita diberi panduaan dalam mendidik anak2 menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia dan akhirat. Semoga Allah membantu kita dalam menguruskan kewangan dan hutang piutang kita.. dan semoga Allah memberi kita kesihatan tubuh badan... amin


    
rajin2la baca tafsir ni ye abang...
Selamat ulang tahun perkahwinan, semoga ikatan kasih sayang ini berkekalan hingga akhir hayat kita.. amin

Monday, July 9, 2012

Boring dgn FB

Bosannya tengok Facebook lately.. asyik orang sama je post macam2.. ada yang marah, sedih, gembira dan macam2... alahai.. ada yang tak perlu cakap kat FB pun. Kalau sedih.. mengadulah pada Allah.. kalau marah... ambillah wuduk pergi sembahyang... hmmmmm bosannya dengan org yang menunjuk2 jugak, tunjuk gambar anak, masakan dan macam2 lagi lah.... jangan timbul riak sudah lah. Tapi kalau dah banyak org  puji mustahil tak timbul riak kan? hmmmm fikirkanlah sendiri... akupun dah lama x post & comment kat facebook.. malas. Setiap hari bukak fb dengan tujuan nak tengok berita baru tentang kawan2.. tapi org yang sama je dok post... x perlula nak tidopun bagitahu kat fb... bosan beb

Thursday, May 24, 2012

mencari damai di hati...

Kenapa... ada satu ketika kita terasa resah dan gelisah..rasa tak tenang dan berserabut.. Saat itu terasa ingin mendekatiNya dengan lebih dekat..ingin menyatakan keresahan..ingin bersujud kepadaNya. Kenapa bila saat ini baru terasa ingin mendekatiNya? kenapa waktu gembira kita selalu lupa.. dan lalai? Betul ke itu lumrah manusia? atau hanya segelintir saja yang bersifat sedemikian.. mcm saya? Ya Allah.. ku ingin hidup yang lebih baik.. ingin selalu mendekati Mu walau dlm apa jua keadaan bukan hanya waktu susah..waktu resah..waktu sedih..malah setiap saat ku ingin mengingatiMu. Ya Allah.. dekatkanlah aku dengan Mu, berikanlah aku cahaya pedoman..

Friday, March 9, 2012

hati keras macam batu..

betul ke ada hati org keras macam batu? Hati sayapun kadang2 keras jugak..tapi tak tahulah macam batu ke tak. Tapi semalam saya sangat marah dan sampai ke hari ni pun still lagi marah. Apa la masalah dengan org yang tak boleh menepati masa dan buat saya menunggu lama. Pernah tak tunggu orang sampai berjam jam?

Semalam saya budget boleh balik awal, memandangkan suami tak kerja dan ada urusan lain. Tapi saya sangat kesal bila saya call dia 5.15 dia masih lagi dlm perjalanan balik dan masih jauh... saya memang marahlah sbb tak bagth lebih awal, contohnya masa pukul 5 tu call lah saya dulu bagitahu saya.. x dpt balik awal apapun alasannya saya tak kisah asalkan bagitahu lebih awal. Yang penting bagitahu......

Sampai ke hari ni.. saya masih marah. Keraskah hati saya?? mcmana nak bagi marah ni padam? sukarnya nak buang perasaan marah ni jauh2...

Friday, March 2, 2012

8 Minggu

Hari ni genap 8 minggu, setakat ni xde muntah2, alhamdulillah. Kalu ikut kan baby baru sebesar buah anggur.. try baca ni, saya copy dari sini.


'embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu'

Allahu Akhbar, hebatnya ciptaanMu. Sekarang ni saya tak boleh makan apa yang saya masak.. semalam saya goreng ikan je.. ingat nak makan malam tapi alih2 xde selera langsung nak makan... tapi sampai pagi perut rasa tak lapar..