Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Lasagna Simple

weekend hari tu buatkan en suami beef lasagna... resipi yang simple je. En suami memang suka makan lasagna.. dia cakap dalam banyak2 western lasagna lah yang paling dia suka.. sbbnya ada banyak cheese. Tahap kecintaan dia terhadap cheese sampai bleh makan cheese mcm tu je macam ratah lauk tu..eee kalau saya baupun dah tak suka.. nak makan mcm tu tunggu mengidam dulu la hihi.. tapi yang saya buat ni xdela banyak sangat letak cheesenya.. sbb ni lasagna yang simple .. yang tak banyak kos.. hehheh. Lagipun saya plak tak suka sangat makan cheese... jadi xyahla letak banyak2 nantikan saya plak yang tak makan... haa tengok gambar dulu... ;) Danishapun suka makan.. tengok mulut dia comot..



inila gambar proses membuat lasagna yang simple tu. ada 3 bahan utama.. Daging, cream cheese & kulit lasagna.. tak lupa juga loyang ye.. hehehe. Tengokla danisha yang tengah makan... comot sungguh. Dia memang suka makan... apa yang kita makan dia nak makan..
Bahan A
Kuah Daging

500gm daging kisar
1 botol sos spaghetti kimball perisa cendawan (450gm) 
1 tin cendawan butang (hiris nipis2) dapat yang dah potong lagi ok
3 kiub ayam maggi
sedikit oregano
minyak untuk menumis
5 ulas bawang merah yang kecil
3 ulas bawang putih
air (200ml-300ml)

Bahan B
Cream Cheese

3 sudu tepung jagung/gandum
500mL susu segar (better beli 1 liter takut tebuat cream cheese pekat sangat- kalau pekat bleh tambah lagi susu)
8 keping cheesedale

Bahan C
Lasagna

saya pakai brand San Remo (petak yang besar) 8 keping. Brand ni dah ready masuk oven.. xyah nak masak2 dulu yer

Cara2 
Bahan A
Daging kisar dibilas dan ditoskan. Kisar bawang putih dan bawang merah. Tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukan sos spaghetti dan daging kisar. Biarkan hingga daging masak, masukan air, kiub ayam, oregano dan cendawan.. biarkan sekejap, bleh tutup api.. jangan sampai kuahnya kering. Kalau rasa tawar.. tambah lagi kiub ayam nya yer.. heheh

Bahan B
masukkan susu sedikit kedalam tepung.. kacau hingga sebati, jangan bagi berketul2. Masukan adunan dan lebihan susu tadi dalam periuk, kacau hingga mendidih, tutup api dan masukan kepingan cheese, kacau hingga cheese cair dandan adunan menjadi pekat

Sedikan loyang (saya pakai loyang 5' x 8') bleh letak 2 keping lasagna setiap lapis. Susun kepingan lasagna di atas loyang, tuang dan ratakan kuah daging di atas kepingan lasagna di ikuti cream cheese. Ulang langkah sama sehingga habis... last sekali letakan kepingan lasagna dan tuangkan cream cheese hingga menutupi keseluruhan kepingan lasagna

Bakar pada suhu 200C dalam masa 35-45 minit. Kalau sape2 pakai convention oven sila turunkan suhu 30C-50C.. nak tahu masak ke tidak.. cucuk pakai garpu dah lembut ke belum lasagna tu. Kalau dah lembut bleh la angkat... selamat mencuba ya

No comments:

Post a Comment