Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Lasagna Simple

weekend hari tu buatkan en suami beef lasagna... resipi yang simple je. En suami memang suka makan lasagna.. dia cakap dalam banyak2 western lasagna lah yang paling dia suka.. sbbnya ada banyak cheese. Tahap kecintaan dia terhadap cheese sampai bleh makan cheese mcm tu je macam ratah lauk tu..eee kalau saya baupun dah tak suka.. nak makan mcm tu tunggu mengidam dulu la hihi.. tapi yang saya buat ni xdela banyak sangat letak cheesenya.. sbb ni lasagna yang simple .. yang tak banyak kos.. hehheh. Lagipun saya plak tak suka sangat makan cheese... jadi xyahla letak banyak2 nantikan saya plak yang tak makan... haa tengok gambar dulu... ;) Danishapun suka makan.. tengok mulut dia comot..



inila gambar proses membuat lasagna yang simple tu. ada 3 bahan utama.. Daging, cream cheese & kulit lasagna.. tak lupa juga loyang ye.. hehehe. Tengokla danisha yang tengah makan... comot sungguh. Dia memang suka makan... apa yang kita makan dia nak makan..
Bahan A
Kuah Daging

500gm daging kisar
1 botol sos spaghetti kimball perisa cendawan (450gm) 
1 tin cendawan butang (hiris nipis2) dapat yang dah potong lagi ok
3 kiub ayam maggi
sedikit oregano
minyak untuk menumis
5 ulas bawang merah yang kecil
3 ulas bawang putih
air (200ml-300ml)

Bahan B
Cream Cheese

3 sudu tepung jagung/gandum
500mL susu segar (better beli 1 liter takut tebuat cream cheese pekat sangat- kalau pekat bleh tambah lagi susu)
8 keping cheesedale

Bahan C
Lasagna

saya pakai brand San Remo (petak yang besar) 8 keping. Brand ni dah ready masuk oven.. xyah nak masak2 dulu yer

Cara2 
Bahan A
Daging kisar dibilas dan ditoskan. Kisar bawang putih dan bawang merah. Tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukan sos spaghetti dan daging kisar. Biarkan hingga daging masak, masukan air, kiub ayam, oregano dan cendawan.. biarkan sekejap, bleh tutup api.. jangan sampai kuahnya kering. Kalau rasa tawar.. tambah lagi kiub ayam nya yer.. heheh

Bahan B
masukkan susu sedikit kedalam tepung.. kacau hingga sebati, jangan bagi berketul2. Masukan adunan dan lebihan susu tadi dalam periuk, kacau hingga mendidih, tutup api dan masukan kepingan cheese, kacau hingga cheese cair dandan adunan menjadi pekat

Sedikan loyang (saya pakai loyang 5' x 8') bleh letak 2 keping lasagna setiap lapis. Susun kepingan lasagna di atas loyang, tuang dan ratakan kuah daging di atas kepingan lasagna di ikuti cream cheese. Ulang langkah sama sehingga habis... last sekali letakan kepingan lasagna dan tuangkan cream cheese hingga menutupi keseluruhan kepingan lasagna

Bakar pada suhu 200C dalam masa 35-45 minit. Kalau sape2 pakai convention oven sila turunkan suhu 30C-50C.. nak tahu masak ke tidak.. cucuk pakai garpu dah lembut ke belum lasagna tu. Kalau dah lembut bleh la angkat... selamat mencuba ya

Tuesday, February 22, 2011

Kek Karemel




Seronoknya dapat huat kek karemel yang sangat famous kat Kongsi Resepi... bila dah rasa kek ni.. memang sedap... lepas ni kalau ada orang dtg rumah x payah pk banyak.. buat je kek karemael ni sebagai dessert.. memang puas hati..confirm tetamu suka...perisa bleh buat perisa mcm2.. nanti next time nak try buat perisa lain plak :) en suami tak berapa suka perisa buah.. lebih suka kalau buat perisa coklat... mmmm asyik coklat je dia tuhhh..kat bawah ada resipi :


KEK KAREMEL (munirah baharom)

saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

Buat D dulu..

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik
kan kek yg dibakar tadi... (tunggu sampai betul sejuk baru terbalikan.. kalau tak karemelnya pecah)
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan... (lagi lama simpan dlm peti ais.. lagi beshh)



yang ni kali kedua buat... 



Tuesday, February 8, 2011

apa apa aje

Dah lama tak menjenguk blog nih... tak tahulah kenapa. Mungkin sbb malas nak menaip.. tambah2 lagi lepas balik dari cuti kerja kat opis bertimbun.. hari ni rasa malas sangat nak wat keja.. rasa mengantuk yang amat, malam tadi x bleh tido sbb panas sangat tapi yang peliknya badan tak berpeluh tapi kat kepala yang berpeluh peluh sampai masuk ke telinga... pelik betul. Dah 2 malam jadi mcm ni... kenapa ye? ke sbb mengandung? org mengandung ni kan pelik2.... tengok malam ni plak mcmana. 

seminggu 2 ni asyik teringin nak makan kek gula hangus je (yang buat sendiri) tapi time balik keja rasa tak larat & x cukup masa nak buat... malas nak tido lambat... takut tak larat plak nak g keja. Nantilah 1 hari nak wat jugak... heheheheh

Kalau ikutkan hati nak masak mcm2.. lasagna, butter prawn, cheesecake, muffin... n mcm2 lagilah... bestnya kalau bleh duduk rumah lama2 sikit atau tak payah keja duduk rumah je... mesti dapur selalu berasap!!! sekarang ni buat keja sikit dah penat.. nasib baikla keja rumah en suami banyak tolong.. kain baju sume dia settlekan.. basuh baju, sidai baju & benda yang paling malas saya nak buat gosok baju pun en suami yang tolong ( terima kasih ye abang sbb tolong naa ). Tapi lipat baju en suami kadang2 je buat... tapi dah kira ok sbb dah banyak keja rumah yang en suami tolong settlekan ; )

Ichaa dah makin besar... makan dah mcm org tua.. kena ada breakfast, lunch & dinner untuk dia. Lunch & dinner kena makanan berat.. nasi lah biasanya. Jadi sekarang balik keja memang kena masak untuk dia.. nak beli selalu rasa tak sampai hati plak sbb tak tahu kat kedai letak bahan apa dlm makanan... tak elok untuk budak kecik mahupun org dewasa mcm kita.. Ichaa makan nasi mesti ada kuah.. tapi kalau masak sayur buat kuah sikit dah ok.. lagipun dia suka makan sayur. Balik keja dia memang lapar.. merengek kalau tak bagi makan cepat2.. kalau pagi dia nak makan gak.. biasanya bagi dia makan biskut, roti atau kuih... kalau xde sangat terpaksalah bagi minum susu je... kesian dia

Bila cakap pasal Ichaa.. rasa nak balik rumah cepat2.. nak main dgn dia dengar celoteh dia yang macam2.. kadang2 tak paham apa yang dia cakapkan.. dah banyak kali dia ulang baru paham. Sekarang ni ada satu benda yang buat dia sangat khusyuk main.. kalau nak buat keja kat dapur atau nak sembahyangpun dia memang takkan kacau.. dia main magicpen yang aunty ana bagi... dia keluarkan pastu masukkan balik dlm box magicpen tuh... samapai kita sendiripun boring tengok dia main benda tu... penat tengok!!

oklah.. rasa sakit perut plak.. baby dah banyak kali tendang perut... mengandung kali ni rasa penat & tak larat.. tak tahulah sbb apa. Tapi perut kali ni memang besar berbanding mengandung kat ichaa dulu... harap2 Allah permudahkan saya bersalin nanti.. amin


















Wednesday, January 19, 2011

ho ho ho Balik Kampung... makan budu

ho ho ho balik kampung... ho ho ho balik kampung.. hati girang.. yehaa pagi esok balik kg. Dah lama tak balik kg, last balik masa raya haji hari tu... tapi last time balik x best sbb ibu ngan ichaa x sihat. InsyaAllah balik kali ni kami sihat walafiat..amin.

Dah terbayang makanan2 yang best yang ada kat kg yang x bleh dpt kat sini... selain berada disisi keluarga tersayang. Terbayang makan nasi dgn budu cicah ulam ulaman... huuhhh mahu tambah nasi 2-3 kali, kat sini mana nak cari ulam pucuk bagai.. yang adapun dah layu dah tak segar lagi.. x lalu nak makan. Saya memang org kelate betul... org ulu lagi. Hehehehe.. budu x bleh lari dr jadi lauk.. kalau ada budu bleh jadi gemuk..nasib baik kat rumah x selalu makan budu (sbb kat sini susah nak cari 'benda' nak cicah dlm budu).

En suamipun dah pandai makan budu... ha ha ha dah kena penangan budu. Sekarang alhamdulillah sedikit sebanyak en suami dah berubah..dah bleh makan sayur dan ulam-ulaman.. Nugget, burger & sosej langsung dah xde dlm peti ais... sbb saya tak bagi dia makan benda yang tak berkhasiat tu... jahatkan saya? oklah tu.. kalau kita suka makan benda2 tak elok tu kat rumah.. anak2pun terikut sama.. suka makan jugak. Kita kedua ibu bapa contoh yang paling dekat dgn anak2.. jadi makanlah benda2 yang berkhasiat depan anak2 ye... contohnya hr tu kami makan nasi ada ulam pegaga cicah budu..Ichaapun mintak nak makan gak ulam pegaga tu... dia ckp nak makan pokok.. kamipun bagilah dia makan... dia makan sampai habis...

ha ha ha dah kluar topik balik kampung... sebenarnya bila ckp pasal kampung yang terbayang kat mata... MAKANAN (selain wajah org tua dan sanak sedara).

Tuesday, January 18, 2011

Ichaa


ichaa kesangan ibu dgn ayah... setiap detik terpisah hanya rindu yang mengisi ruang... we love you so much. Penat cari artikel pasal jangka hayat botol susu.. tapi tak jumpa2 gak.. nanti kalau dah jumpa artikel yang bagus saya akan post dekat sini... bukan apa, nak berkongsi info. Danisha Eryna puteri sulong kami.. alhamdulillah Ichaa seorg anak yang baik.. tak banyak kerenah dan mendengar kata. Bangun pagi2 dah senyum, sambil sebut..'iiiiibuuuu'...'aaayaaah'... pandai ambil hati ibu ngan ayah... walaupun umur baru nak masuk setahun 8 bulan.. tapi rasanya dia dah pandai berkata kata berbanding dengan rakan2 yang sebaya dia... semoga ichaa jadi anak yang taat, mendengar kata dan anak yang solehah... amin

Jangka Hayat Botol Susu Baby

Pernah tak terfikir botol susu yang kita pakai untuk anak2 kita berapa lama jangka hayat dia? Ataupun mcm saya.. ingat ke boleh pakai botol tu sampai bila2.. sampai dah tak boleh guna. Bila baca pasal jangka hayat botol susu barulah sedar bertapa bahayanya botol susu yang dah pakai lebih dari 3 bulan..tambah lagi yang ada calar kat bahagian dalam botol.. kesan calar ni akan mengeluarkan toksid dan membahyakan anak kita... Kalau yang BPA Free tu pun bleh tahan 6 bulan je..apatah lagi yang kita beli murah2 tu. Owhhh tidak kenapa info yang macam ni tidak di dedahlahkan secara meluas.. sbb saya rasa ramai ibu2 yang tak tahu pasal ni... bagi yang baru tahu.. yang dah guna sampai setahun elokla buang je botol tu.. jangan tunggu2 lagi, kesian anak2 kita. Satu artikel yang saya copy dr : http://ratuhati.com/


Bisfenol A (Bisphenol A) -- BPA 
Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA.
Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Kesan Terhadap Kesihatan

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

Tip Mengelakkan BPA

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat
  1. Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi

Emmm.. bila dah baca ni, rasanya eloklah kita bertukar dari botol susu plastik ke botol susu kaca.. walaupun  kita pakai botol susu BPA Free, masih lagi kena tukar 6 bulan sekali.. sbbnya kalau dah 6 bulan pakai confirm botol tu dah calar balar (kena berus atau sebagainya)  Kalau botol dah calar tentunya dia keluarkan BPA... jadi tunggu apa lagi.. jomla kita beli botol susu kaca untuk anak kita.. biarlah mahal sikit tapi elok untuk kesihatan anak kita. Jangan risau.. sekarang ada kat kedai jual cover botol bagi botol x senang pecah... try lah survey2. Ni contoh botol kaca yang saya tengok kat kedai baby :




Yang biru tu 9 oz (250ml) harga lebih kurang RM69. Yang pink tu 4oz (120ml) harga lebih kurang RM49... jadi next month blehla letak dlm budget ye... ; ). Yang ni kita bleh pakai selama2nya selagi botol tak pecah...xyah nak tukar2 botol susu dah..


assalamualaikum..

testing testing 1..2..3. Akhirnya berjaya buat blog sendiri.. sekejap lagi nak tunjuk kat abang.. semoga ini langkah permulaan untuk kita.. Tapi masih lagi kena bayak belajar.. sbb rasanya ilmu baru 15% pasal blog nih. Kenapa nak buat blog? sbbnya mcm2.. rasanya blog lagi best berbanding dgn FB.. rasa lebih privacy ; ). Kalaulah ada laptop kat rumah.. mesti lagi best..tambah2 nak cuti bersalin 2 bulan nanti.. blehla update pasal baby baru & stok susu (sbb nak fully breastfeed). Semangat nak Fully breastfeed melonjak2... barang2 & kelengkapan BF dah beli..sampai peti aispun beli baru.. hehehehe. InsyaAllah, Allah berikan kemudahan dan kekuatan fizikal & mental untuk saya nanti. Alhamdulliah en suamipun menyokong dan memberi dorongan untuk Fully breasfeed...