Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 19, 2011

ho ho ho Balik Kampung... makan budu

ho ho ho balik kampung... ho ho ho balik kampung.. hati girang.. yehaa pagi esok balik kg. Dah lama tak balik kg, last balik masa raya haji hari tu... tapi last time balik x best sbb ibu ngan ichaa x sihat. InsyaAllah balik kali ni kami sihat walafiat..amin.

Dah terbayang makanan2 yang best yang ada kat kg yang x bleh dpt kat sini... selain berada disisi keluarga tersayang. Terbayang makan nasi dgn budu cicah ulam ulaman... huuhhh mahu tambah nasi 2-3 kali, kat sini mana nak cari ulam pucuk bagai.. yang adapun dah layu dah tak segar lagi.. x lalu nak makan. Saya memang org kelate betul... org ulu lagi. Hehehehe.. budu x bleh lari dr jadi lauk.. kalau ada budu bleh jadi gemuk..nasib baik kat rumah x selalu makan budu (sbb kat sini susah nak cari 'benda' nak cicah dlm budu).

En suamipun dah pandai makan budu... ha ha ha dah kena penangan budu. Sekarang alhamdulillah sedikit sebanyak en suami dah berubah..dah bleh makan sayur dan ulam-ulaman.. Nugget, burger & sosej langsung dah xde dlm peti ais... sbb saya tak bagi dia makan benda yang tak berkhasiat tu... jahatkan saya? oklah tu.. kalau kita suka makan benda2 tak elok tu kat rumah.. anak2pun terikut sama.. suka makan jugak. Kita kedua ibu bapa contoh yang paling dekat dgn anak2.. jadi makanlah benda2 yang berkhasiat depan anak2 ye... contohnya hr tu kami makan nasi ada ulam pegaga cicah budu..Ichaapun mintak nak makan gak ulam pegaga tu... dia ckp nak makan pokok.. kamipun bagilah dia makan... dia makan sampai habis...

ha ha ha dah kluar topik balik kampung... sebenarnya bila ckp pasal kampung yang terbayang kat mata... MAKANAN (selain wajah org tua dan sanak sedara).

1 comment:

  1. sedapnya make budu..cuma x berapa lengkap sbb bukan musim petai sekarang ni..

    ReplyDelete