Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 2, 2011

Dah lama ku tinggalkan...

alhamdulillah.. ada jua kesempatan untuk meluahkan dan berbicara di blog.. dah lama tak menulis, bercerita dan berkongsi rasa. Sekarang masih lagi kelam kabut menyesuaikan diri menjadi ibu kepada 2 anak kecil.. dari pagi sampailah ke malam.. sibuk dengan rutin yang tak boleh di tinggalkan.. penat tak payah cakaplah.. lagipun jauh di sudut hati sangat gembira dapat menunaikan tanggungjawab.. dapat menyuapkan sendiri nasi ke mulut anak sambil bercerita itu dan ini..sangat berpuas hati bila melihat anak dan suami makan hasil air tangan sendiri.. Ya Allah..syukur padaMu kerana memberikan ku kekuatan..memberikan ku waktu, walaupun adakalanya terpaksa jua beli kat kedai sbb x sempat masak... hmmmm en suami balik lambat!!.

Rutin yang amat terkesan xde lain.. pump susu, hajat di hati nak bagi susu ibu kat baby ilman hazri sampai umurnya 2 tahun.. insyaAllah. Tapi sampai sekarang x mampu nak bangun malam2 pump.. huwaaaa kenapa? kenapa tak bleh bangun...? sehari dapat pump 3 kali je.. sebelum pegi keja, lunch time & pukul 4.. tapi alahamdulillah jumlah susu yang dipump masih lagi melebihi yang ilman minum kat rumah bbsitter.. cuma risau juga lepas2 ni kalau stok susu dah tinggal sikit..."Ya Allah murahkanlah rezeki adik ilman, banyakanlah susu ibu supaya adik ilman dapat minum susu ibu sampai besar..permudahkanlah ibu".

Kalau dulu.. nak tido pukul 9 pun okeh je.. tapi sekarang pukul 10 atau pukul 11 baru siap settlekan sume.. dari memasak, basuh botol susu anak, turunkan susu beku, labelkan susu, kemas baju anak ke rumah baby sitter.. walaupun keja2 tu nampak simple...tapi perlu masa! kadang2 je lipat baju..itupun kalau ada masa, kalau tak suami yang tolong lipatkan. Basuh baju? gosok baju? danisha? sume en suami yang uruskan.. thanks abang..kalau tak naa dpt tido lagi lambat.. sekarang ni masih lagi terkilan sbb tak mampu nak bangun pukul 6..asyik telajak sampai pukul 6.30 je...huwaaa macamana nak disiplinkan diri nih..

No comments:

Post a Comment