Hari ni genap 8 minggu, setakat ni xde muntah2, alhamdulillah. Kalu ikut kan baby baru sebesar buah anggur.. try baca ni, saya copy dari sini.
'embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.
Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu'
Allahu Akhbar, hebatnya ciptaanMu. Sekarang ni saya tak boleh makan apa yang saya masak.. semalam saya goreng ikan je.. ingat nak makan malam tapi alih2 xde selera langsung nak makan... tapi sampai pagi perut rasa tak lapar..
Friday, March 2, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Pauh atau nama glamournya mangga
Kalau org kelantan buah mangga tu panggil buah pauh. Dah lama cakap kat agebom nak makan buah pauh, tapi sampai ke hari ni dia belum belikan lagi.. rasanya dia dah tak ingat, agebom bukannya ambik kisah sangatpun apa isteri dia nak makan. Tak tahulah nak makan pauh ni mengidam ke apa... tapi tadi dapat rasa yang opismate punya.. sikit je dlm 1 hiris.. sedapnyalaa. Nak mintak lagi dah segan :P
Selama mengandung 2 kali sebelum ni saya tak pernah mengidam... alahan pun tidak, cuma kalau makan cepat rasa bosan dan tak lalu nak makan makanan yang sama.. mengandung kali ni mcmana lagi belum tahu, harap sama jugaklah. Ya Allah permudahkanlah sebagaimana Kau permudahkan sebelum ni.
Berbalik pada pauh tadi. Lepasa makan pauh tu, kepala rasa ringan badan plak rasa segar... mengidam ke gitu??? entahlah.. jap lagi nak pegi mintak sikit lagi :P

Monday, February 27, 2012
Lunch Date
Mungkin lunch date ni boleh masuk dlm kategori simptom2 mengandung hehehe.. sbb saya dah tak lalu nak makan makanan yang di tapau... i wish everyday agebom (nama manja en suami) come and take me for lunch :). Bestnya.. macam dating masa bercinta sebelum kawin dulu.. keluar makan melepaskan rindu. Bukan tak ada masa berjumpa di rumah, tapi bila keluar time lunch rasa happy sikit dan apa yang sarat difikiran boleh diceritakan dengan tenang.. kalau kat rumah mungkin tak sempat sbb balik kerja terus terkocoh kocoh kat dapur buat itu ini.. dan mcm2 lagilah sampai anak2pun terabai.
Sekarang ni asyik terfikir mcmana nak buat waktu balik kerja tak jadi mcm tu.. nak releks2 je, tak perlu masak, sembang2 dengan anak dan melayan mereka bermain. Bila masuk waktu maghrib sembahyang berimam bersama agebom dan membaca Al Quran hingga masuk Isyak.. dan sembahyang bersama lagi, danisha pun bleh ikut sekali... indahnya kalau boleh buat mcm tu. Tapi boleh kah?
Balik kerja je.. perut perlu diisi.. tak kan nak beli kat kedai hari2..selain boleh kopak poket kepalapun boleh botak sbb rambut gugur (maklumlah makanan kat kedai confirm ada MSG). Lagipun danisha tu mesti mintak makanan katanya lapar... kalau tak masak nak bagi makan apa?? agebom plak kalau tak kuar lunch.. mestilah lapar sampai kempis perut dia.. mmmm kalau x masak mcmana?? diorg nak makan apa?
Kalulah saya boleh balik awal.. mungkin saya boleh buat kedua2nya... jadi kena cari jalan balik awal la ni.

Thursday, February 23, 2012
Pregnant again..
Hari ni msa makan tengah hari dengan opismate.. tadi dah buat pengumuman.. jadi tak ada sembunyi sembunyi lagi. Rasa lega sikit bila semua org dah tahu, tapi kat bos belum bgth lagi.. huwaaa mcmana nak cakap ni perasaaan bercampur antara segan dan risau. Seganla jugak sbb baru tahun lepas bersalin.. risau sbb nanti effect kat perfomance. Emmm bila ye nak bagitahu bos.
Kawan2 kat FB pun dah ada yang tahu, tapi tak ada lagi pengakuan terbuka kat FB. Biarlah.. kali ni tak perlu bgth secara umum... kalau ada yang bertanya baru bgth. Tapi berita mcm ni memang cepat tersebar... yang peliknya kakak yang duduk kat kelantan pun tahu.. baru je tadi dia mesej bertanyakan hal ni. Pelik, mcmana dia tahu? sbb family kat kelantan xde siapa yang tahu lagi.. kat mak pun tak cakap lagi. Tak tahu mcmana nak cakap kat mak sebab mak cakap hari tu cukuplah beranak 2 orang. Emmm mak dah tak tahan jaga masa pantang.. sah 2 kali berpantang kena elergic yang sama... elergic pad.. 1 badan jadi gatal2. Mak stress sapu ubat. Sian Mak.. tapi mak mesti cakap kat mulut je kan? mak mana yang sampai hati tengok anak dia....
Besok genap 7 minggu, perjlaanan masih jauh dan banyak lagi ranjau dan duri perlu di lalui. Ya Allah kau permudahkanlah sepanjang 9 bulan ini, permudahkanlah aku bersalin, permudahkanlan jalan untuk bersali, elokkanlah paras rupa bayiku, sempurnakanlah sifatnya, jauhilah dia dari penyakit, hindarilah dr perkara2 yang tak terjagkau difikiranku, permudahkanlah aku menyusukan dia sehingga 2 tahun, kurniakalah kepadanya sifat2 mahmudah, mudahkanlah kami & penjaganya menjaga dia dan jauhkanlah bayi ku daripada syaitan yang di rejam. Amin Ya Allah. Mungkin ada yang tak terjangkau difikiranku untuk meminta lagi.. Ya Allah Kau permudahkanlah..

Wednesday, February 22, 2012
Beg Pump
Hari ni dengan rasminya dah tak bawak beg pump.. esok secara rasminya adik ilman x bawak bekal susu ibu ke rumah ibu ros.. Kesian adik ilman ibu dah nak stop bfeeding. Maafkan ibu sbb tak mampu.. Tapi percayalah ibu bukan tak pernah berusaha untuk beri yang terbaik untuk anak ibu.. yang pastinya sekarang ibu ada kekangan.
Tapi ibu susah hati..sbb adik ilman tak nak minum botol kalau ibu ada. Kak ros cakap dia minum ok je time kat rumah sana...ermmmm mcmana nak weaning nih. Nipple ibu memang rasa perit bila susukan adik ilman.. tambahan pula susu memang dah kurang..tido malam tak boleh lena sbb adik ilman asyik terjaga cari susu.. sekali sejam mesti merengek mintak susu... nak bangun buat susu takut tak berbaloi (sbb dia tak nak minum botol). Ya Allah, permudahkanlah, tunjukkanlah kami jalan
Semalam ilman genap 11 bulan, sian ke adik jarang ambik gambar dia tak sama mcm kakak dulu selalu ambik gambar..org cakap mcm tu la anak kedua.. kalau anak ke3 macamana? tak bergambar langsung kah? entahlah.
Berbalik pada cerita beg pump.. rasa janggal sangat bila jalan pegi opis tanpa beg tu. Tapi ringanla sikit just bawak handbag je. Lepas ni dah tak naik nursing room level 17, nanti rindula kat bilik pumping tu..tempat yang banyak menyimpan suka duka (ha ha kadang2 jadi tempat menangis bila berduka!). Tunggu ye.. nanti hujung tahun saya datang lagi.. dengan semangat yang lebih utuh..InsyaAllah semoga dipermudahkan!
Balik nanti nak kemas elok2 beg tu.. walaupun dah agak lusuh tapi masih lagi boleh digunakan, berjimat cermat.. selagi boleh pakai. Madelapun dah boleh bagi rehat dlm kotak balik simpan elok2 :-). Bersedia untuk perjalanan yang seterusnya

Monday, January 16, 2012
Ingin Kembali
assalamualaikum..
Lamanya tak menjenguk ke sini.. hampir setengah tahun. Agak lama juga tu.. Lepas raya hari tu macam2 berlaku. Mulanya bawa ilman ke pakar mata... dan bermula episod membawa ilman ke Hospital Sungai Buloh. Sampai hari ni..belum selesai. Mata ilman ada simptom nystagmus. Prosedur pemeriksaan belum habis lagi.. pakar mata dah check alhamdulillah mata adik ilman sama dengan mata kanak kanak yang lain dari segi 'power' cuma yang itulah.. bola mata adik tak fakus dan bergerak2. Ke pediatrik pun dah bawak, MRI scan pun dah buat. Alahamdulillah semua normal & xde apa2 kat otak adik. Cuma tinggal sekarang nak cek telinga adik.. tapi doktor cakap sekadar prosedur aje.. nak bagi hati puas, Ya Allah segalanya aku serahkan pada Mu sebagai seorang ibu.. ku doakan yang terbaik untuk anak2 ku. Bila diperhatikan macam makin berkurang adik punya nystagmus.. tapi kalau google kat internet nystagmus tu permanent.. Allah maha berkuasa.. yakinlah!
10.11.11 papa (FIL) jatuh dlm bilik air... bermula episod baru bagi keluarga Nezwan. Besarnya dugaan mu kali ini ya Allah... papa di sahkan barain tumor gred 4. Walaupun kedengaran agak sukar untuk papa sembuh namun jauh di dudut hati berdoa pada Allah menghulurkan sedikit pertolonganNya.. ya Allah sembuhkanlah papa. Permudahkanlah segalanya ya Allah
Ya Allah murahkanlah rezeki pama & adik2 ku.. amin. Tabahkanlah hati mereka & kuatkanlah iman mereka. Semoga mereka cukup tabah menghadapi cubaan kali ini.. amin. Buat suami tercinta, semoga abang kuat dah tidak cepat merungut mahupun berkata penat.. ingatlah perngorbanan seorang ayah membesarkan kita.. ingatlah perit jerih ayah mencari rezeki untuk menyenangkan kita.. sementara dia masih lagi bernyawa... berkhidmatlah untuknya hingga hujung usianya.
Friday, August 19, 2011
Selamat hari raya
Hari ni hari ke 19 berpuasa.. alhamdulillah dpt berpuasa dengan sepenuhnya.. InsyaAllah tahun ni tahun ke 3 saya bepuasa penuh. Tahun ni turn saya balik kg beraya bersama mak dan ayah serta sedara mara.. ooh seronoknya. Kalau tahun lepas asal dengar je lagu siti nurhaliza tu air mata terus mengalir.. owhhh sungguh sayu.. meh dengar dulu lagu siti ni :
Lirik ni memang kena lah kalau x balik kg kan.. hehhe itu yang buat air mata mengalir je.. sedihhhh. Tapi tahun ni saya dah tak nangis kalau dengar lagu ni... sbb saya nak balik kg!!! mak ayah... tungguuuu. Rindunya suasana hari raya di kg... tahun ni malam raya nak buat apa ye? biar happening sikit.. kalau buat bbq pun best jugak kan... tengok dulu. Danishapun dah makin besar mesti seronok main dengan kakak2 & abang2 sepupu.. Selamat hari raya!!!
Sayu... hati ini makin sayup Rindu...
terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Lirik ni memang kena lah kalau x balik kg kan.. hehhe itu yang buat air mata mengalir je.. sedihhhh. Tapi tahun ni saya dah tak nangis kalau dengar lagu ni... sbb saya nak balik kg!!! mak ayah... tungguuuu. Rindunya suasana hari raya di kg... tahun ni malam raya nak buat apa ye? biar happening sikit.. kalau buat bbq pun best jugak kan... tengok dulu. Danishapun dah makin besar mesti seronok main dengan kakak2 & abang2 sepupu.. Selamat hari raya!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)