Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 19, 2011

ho ho ho Balik Kampung... makan budu

ho ho ho balik kampung... ho ho ho balik kampung.. hati girang.. yehaa pagi esok balik kg. Dah lama tak balik kg, last balik masa raya haji hari tu... tapi last time balik x best sbb ibu ngan ichaa x sihat. InsyaAllah balik kali ni kami sihat walafiat..amin.

Dah terbayang makanan2 yang best yang ada kat kg yang x bleh dpt kat sini... selain berada disisi keluarga tersayang. Terbayang makan nasi dgn budu cicah ulam ulaman... huuhhh mahu tambah nasi 2-3 kali, kat sini mana nak cari ulam pucuk bagai.. yang adapun dah layu dah tak segar lagi.. x lalu nak makan. Saya memang org kelate betul... org ulu lagi. Hehehehe.. budu x bleh lari dr jadi lauk.. kalau ada budu bleh jadi gemuk..nasib baik kat rumah x selalu makan budu (sbb kat sini susah nak cari 'benda' nak cicah dlm budu).

En suamipun dah pandai makan budu... ha ha ha dah kena penangan budu. Sekarang alhamdulillah sedikit sebanyak en suami dah berubah..dah bleh makan sayur dan ulam-ulaman.. Nugget, burger & sosej langsung dah xde dlm peti ais... sbb saya tak bagi dia makan benda yang tak berkhasiat tu... jahatkan saya? oklah tu.. kalau kita suka makan benda2 tak elok tu kat rumah.. anak2pun terikut sama.. suka makan jugak. Kita kedua ibu bapa contoh yang paling dekat dgn anak2.. jadi makanlah benda2 yang berkhasiat depan anak2 ye... contohnya hr tu kami makan nasi ada ulam pegaga cicah budu..Ichaapun mintak nak makan gak ulam pegaga tu... dia ckp nak makan pokok.. kamipun bagilah dia makan... dia makan sampai habis...

ha ha ha dah kluar topik balik kampung... sebenarnya bila ckp pasal kampung yang terbayang kat mata... MAKANAN (selain wajah org tua dan sanak sedara).

Tuesday, January 18, 2011

Ichaa


ichaa kesangan ibu dgn ayah... setiap detik terpisah hanya rindu yang mengisi ruang... we love you so much. Penat cari artikel pasal jangka hayat botol susu.. tapi tak jumpa2 gak.. nanti kalau dah jumpa artikel yang bagus saya akan post dekat sini... bukan apa, nak berkongsi info. Danisha Eryna puteri sulong kami.. alhamdulillah Ichaa seorg anak yang baik.. tak banyak kerenah dan mendengar kata. Bangun pagi2 dah senyum, sambil sebut..'iiiiibuuuu'...'aaayaaah'... pandai ambil hati ibu ngan ayah... walaupun umur baru nak masuk setahun 8 bulan.. tapi rasanya dia dah pandai berkata kata berbanding dengan rakan2 yang sebaya dia... semoga ichaa jadi anak yang taat, mendengar kata dan anak yang solehah... amin

Jangka Hayat Botol Susu Baby

Pernah tak terfikir botol susu yang kita pakai untuk anak2 kita berapa lama jangka hayat dia? Ataupun mcm saya.. ingat ke boleh pakai botol tu sampai bila2.. sampai dah tak boleh guna. Bila baca pasal jangka hayat botol susu barulah sedar bertapa bahayanya botol susu yang dah pakai lebih dari 3 bulan..tambah lagi yang ada calar kat bahagian dalam botol.. kesan calar ni akan mengeluarkan toksid dan membahyakan anak kita... Kalau yang BPA Free tu pun bleh tahan 6 bulan je..apatah lagi yang kita beli murah2 tu. Owhhh tidak kenapa info yang macam ni tidak di dedahlahkan secara meluas.. sbb saya rasa ramai ibu2 yang tak tahu pasal ni... bagi yang baru tahu.. yang dah guna sampai setahun elokla buang je botol tu.. jangan tunggu2 lagi, kesian anak2 kita. Satu artikel yang saya copy dr : http://ratuhati.com/


Bisfenol A (Bisphenol A) -- BPA 
Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA.
Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Kesan Terhadap Kesihatan

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

Tip Mengelakkan BPA

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat
  1. Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi

Emmm.. bila dah baca ni, rasanya eloklah kita bertukar dari botol susu plastik ke botol susu kaca.. walaupun  kita pakai botol susu BPA Free, masih lagi kena tukar 6 bulan sekali.. sbbnya kalau dah 6 bulan pakai confirm botol tu dah calar balar (kena berus atau sebagainya)  Kalau botol dah calar tentunya dia keluarkan BPA... jadi tunggu apa lagi.. jomla kita beli botol susu kaca untuk anak kita.. biarlah mahal sikit tapi elok untuk kesihatan anak kita. Jangan risau.. sekarang ada kat kedai jual cover botol bagi botol x senang pecah... try lah survey2. Ni contoh botol kaca yang saya tengok kat kedai baby :




Yang biru tu 9 oz (250ml) harga lebih kurang RM69. Yang pink tu 4oz (120ml) harga lebih kurang RM49... jadi next month blehla letak dlm budget ye... ; ). Yang ni kita bleh pakai selama2nya selagi botol tak pecah...xyah nak tukar2 botol susu dah..


assalamualaikum..

testing testing 1..2..3. Akhirnya berjaya buat blog sendiri.. sekejap lagi nak tunjuk kat abang.. semoga ini langkah permulaan untuk kita.. Tapi masih lagi kena bayak belajar.. sbb rasanya ilmu baru 15% pasal blog nih. Kenapa nak buat blog? sbbnya mcm2.. rasanya blog lagi best berbanding dgn FB.. rasa lebih privacy ; ). Kalaulah ada laptop kat rumah.. mesti lagi best..tambah2 nak cuti bersalin 2 bulan nanti.. blehla update pasal baby baru & stok susu (sbb nak fully breastfeed). Semangat nak Fully breastfeed melonjak2... barang2 & kelengkapan BF dah beli..sampai peti aispun beli baru.. hehehehe. InsyaAllah, Allah berikan kemudahan dan kekuatan fizikal & mental untuk saya nanti. Alhamdulliah en suamipun menyokong dan memberi dorongan untuk Fully breasfeed...